dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Pertandingan E-Sukan X NADI (MLBB) Peringkat Wilayah

18 November 2024 | Aktiviti Terkini

17 November 2024, Ahad – Pertandingan E-Sukan X NADI (MLBB) Peringkat Wilayah telah berlangsung pada 17 November 2024, hari Ahad, dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di Bilik Latihan NADI Presint 16. Pasukan PEB Presint 16 yang dianggotai oleh 6 orang peserta telah mewakili NADI Presint 16 dalam pertandingan ini.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 10.00 pagi, diikuti dengan sesi penerangan ringkas yang disampaikan oleh Encik Ismail, petugas NADI Presint 16. Pertandingan ini dijalankan dalam format liga, dengan semua pasukan yang bertanding.

Perlawanan pertama bermula pada jam 11.00 pagi, di mana PEB Presint 16 menentang NADI PPR Raya Permai. Malangnya, pasukan PEB Presint 16 tewas dalam perlawanan ini, sekali gus terpaksa beraksi dalam perlawanan lower breaker.

Pada 12.00 tengah hari, pasukan PEB Presint 16 bertemu dengan pasukan NADI Presint 9 dalam perlawanan penentuan untuk terus melayakkan diri ke liga seterusnya. Namun, pasukan PEB Presint 16 sekali lagi tewas, menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perlawanan.

Acara ini diteruskan dengan sesi ujian saringan untuk memastikan kesihatan setiap anggota peserta dalam keadaan yang sihat . Kemudian acara berakhir dengan sesi foto bersama anggota pada jam 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.